Tuesday, April 6, 2010

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara




Amalan seminggu sekali atau mengikut keperluan:

  • Gabungkan sedikit Minyak Berubat Herba dan Minyak Herbanika. Lakukan sapuan dan urutan secara putaran sehingga meresapi liang-liang kulit anda.

  • Gaulkan Barra Gel (anggaran 1 sudu besar penuh) dan 1 sudu besar paras Herbanika Lulur. Sapu rata ke bahagian payudara dan biarkan ia mengering seperti masker selama 20 minit. Kemudian cuci bersih dengan tuala /span lembut yang direndam dengan air panas suam dan kesat kering.

  • Untuk memejalkan dan memontokkan payudara,gunakan sapuan Herbanika Krim sehingga meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 2 kali.

  • Untuk mengembalikan bentuk montok payudara yang lembik dan kendur,gunakan sapuan Minyak Herbanika sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 1-2 kali.

  • Untuk merapikan bentuk payudara yang terlalu besar atau menggeleber,gunakan gabungan sapuan sedikit Minyak Herbanika dan Krim Syiffa sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Sapuan dan urutan dilakukan di bahagian sekitar ketiak, belakang serta tepi kiri dan kanan payudara. Ini akan membantu memberikan bentuk yang lebih rapi dan cantik tanpa mengembang.


NOTA:
Barra Gel dan Herbanika Lulur juga boleh digunakan sebagai ‘scrub’ kulit badan untuk membantu mengatasi pigmentasi dan membantu melancarkan peraliran darah anda.Seminggu sekali disyorkan berlulur.

Monday, April 5, 2010

Panduan Amalan Herba NR Untuk Awet Muda Khusus Untuk Wanita

PANDUAN AMALAN HERBA NR UNTUK AWET MUDA KHUSUS UNTUK WANITA


Setiap Waktu Pagi

Amal ½-1 sudu teh paras Madu Nona Harmonis digentelkan atau digaulkan dengan Madu Lebah Asli/Madu Yemen dan diambil bersama dengan Minuman Akar Herbanika.

Cara pengambilan Akar Herbanika :
  • 1 gelas/mug air panas
  • 1 paket Akar Herbanika
  • 1-2 sudu the Madu Lebah Asli/Madu Yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dlm 1 gelas/mug air panas. Biarkan ia terseduh buat seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu Yemen sebagai pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum semasa suam-suam kuku.

NOTA :

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu.
2.Bagi pesakit Hypertensi disyorkan minum akar suam sejuk (kadar suhu bilik). Hanya amalkan pengambilan madu nona harmonis seminggu 2 kali mengikut dosej sama seperti di atas.


Tengahari, Petang & Malam (sebelum tidur)

Minum 1 gelas/mug air akar herbanika.


Petang atau Malam

Buat pilihan dosej Pembersih Dalaman samada dalam bentuk serbuk atau tablet yang bersesuaian dengan sistem pembuangan air besar anda sebagai amalan harian atau seminggu 3 kali.

Friday, April 2, 2010

Panduan Amalan Pemakanan Kesihatan Herba NR untuk Lelaki dan Wanita

PANDUAN PENGAMALAN PEMAKANAN KESIHATAN HERBA NR UNTUK LELAKI DAN WANITA


Minum 1 gelas/mug akar herbanika + 1 sudu teh nu3med

Cara Pengambilan Akar Herbanika.
  • 1 gelas / mug air panas
  • 1 paket akar herbanika
  • 1-2 sudu teh madu lebah asli/yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dalam 1 gelas/mug air panas. Biarkan seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu yemen sbg pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum samasa suam-suam kuku.


Nota:

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu dan tdk perlu makan nu3med.
2.Bagi pesakit hypertensi disyorkan minum akar herb suam sejuk(kadar suhu bilik)

Wednesday, March 24, 2010

Minyak Berubat Herba NR

MINYAK BERUBAT HERBA NR
Minyak serbaguna ini sangat berkhasiat dan telah terbukti keberkesananya. Ia berfungsi sebagai antiseptic, astringent dan penyegar kulit dan pelembab. Minyak ini ditanggung bersih dan tidak beracun. Boleh dibawa sembahyang.

Antara khasiatnya :-


- melegakan ketegangan urat saraf, otot-otot sendi dan tulang
- untuk sakit kulit,alahan,panau dan alergi
- selsema ,lelah,batuk-batuk, paru-paru kembang dan basah.
- Resdung (sinus), sakit gusi dan gigi
- Sakit telinga, luka-luka parah, bengkak-bengkak akibat gigitan serangga
- Benjolan atau lebam dan sakit mata.
- Sebagai penyegar dan pelembab di tempat bahagian sulit.
- Sakit senggugut,dan urutan selepas bersalin.


(a) kembalikan kesegaran tempat sulit
- kegunaan di tempat sulit untuk mengeluarkan angin-angin darah, lendir yang kotor yang berbau semasa haid. Kesannya membolehkan anda terasa segar, bersih di tempat sulit.

(b) kembali kekuatan tenaga kelakian
- urut perlahan-lahan dgn minyak mustajab bermula dari arah bawah buah zakar dan kelakiannya melalui ari-ari sehingga ke atas seluruh perut.
- ini adalah untuk mengembalikan kekuatan tenaga batin. Amalkan tiap-tiap hari, insya Allah dlm satu minggu terbuktilah keberkesannya.
- amal rawatan ini 2 atau 3 jam sebelum tidur.

(c) kembali rapat dan rapi saluran faraj
- selepas bersatu dgn suami, cuci tempat sulit dengan uncang cuci/bara gel yang dicampurkan dengan air suam panas sehingga bersih.
- kesat kering dan sapu minyak mustajab keseluruh ruang faraj hingga ke ruangan salurannya. Dinasihatkan mengamalkan ini untuk mengembalikan kesegaran yang rapat lagi kejab.
- ia juga dapat mengubati luka-luka dan bengkak-bengkak tisu yang berlaku semasa bersatu.

Tuesday, March 23, 2010

Penyakit & Rawatannya : Kulit

PENYAKIT KULIT

Antara sebab penyakit kulit adalah :-

- pemakanan yang kurang berkhasiat
- makanan segera
- makanan ringan (junk food) – popcorn, keropok, dan lain-lain
- daging proses seperti burger, sosej, pie, pastry, ayam hormon dan lain-lain

2. Mereka yang kurang membuang kotoran dalaman seperti susah berpeluh, sembelit & susah buang air kecil

3. antara makanan yang dilarang sehingga sembuh adalah:-

- makanan laut seperti siput, kerang, ketam, udang & ikan-ikan bisa
- daging yang diproses seperti burger, sosej, daging, ayam yang dihormonkan, kambing kampung
- buah-buahan seperti limau-limau masam, jagung, buah sawa @ ciku, langsat, macang, kuinin, peria
- kopi, susu, krim susu, keju, telur, kacang berlemak, pulut, gula putih, kuih-kuih manis seperti gula-gula, kek & buah-buahan kering, tepung kacang


4. makanan yang disyorkan adalah :-
- yogurt, susu kambing
- carrot, avocado, tembikai susu, tembikai biasa, betik, anggur, buah kiwi, buah peach, aprikot, epal, jambu, sayur kobis, bayam, broccoli, kailan & sawi
-tepung gandum & tepung beras


Rawatan dengan produk NR seperti:-
Pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)
- lawas kencang, angin & segar
- phytocleanse plus @ phytocleanse
- air akar herbanika

Saturday, March 20, 2010

Penyakit & Rawatannya : Gout

PENYAKIT GOUT

1. Ciri-ciri pengidap penyakit gout :-
- orang yang bertubuh gemuk
- timbangan badan yang terlalu berat

2. Ciri-ciri di atas menyebabkan kegeselan sendi-sendi & otot yang mengakibatkan kesakitan dan bisa yang teramat sangat.

3. Sebab utama gout sukar dikesan oleh pakar perubatan moden namun masih di anggap sebagai penyakit keturunan serta sering menyerang orang yang setengah umur serta yang suka makan makanan lumayan & beralkohol

4. Kesannya, sendi menjadi merah, bengkak & lembut serta sakit seperti di bakar api dan boleh mengakibatkan demam panas.


5. Secara tradisional, gout berpunca dari sistem penghadaman yang kurang baik & susah membuang air besar (sembelit)

6. Produk NR membantu pesakit dengan pembersih dalaman :-
- melawaskan buang air besar
- mengeluarkan keracunan asid urik & kekotoran dalaman


7. Sesetengah pesakit akan melalui krisis pemulihan semasa menjalankan rawatan NR kerana pembersih dalaman akan mengorek keluar asid urik yang terkumpul dalam darah pesakit seperti:-
- pening atau sakit kepala
- lidah tersa tebal & berbulu
- mulut berbau busuk
- kencing berbau busuk
- sakit pinggang kerana aktiviti ginjal (buah pinggang) yang berlebihan
- sakit & sengal-sengal sendi serta bisa-bisa otot


!! Hendaklah bersabar semasa melalui krisis pemulihan ini kerana penyembuhan adalah satu pengalaman yang sungguh berfaedah


Rawatan

1. Dinasihatkan untuk mengamal pembersih dalaman NR selama 6 bulan (jika tidak berhasil dalam 3 minggu jangan berhenti mengamalkan)

2. Patuhi pantang larang & makanan yang di nasihatkan


3. Pantang larang makanan:-
Makanan yang merbahaya
- ubi kentang
- cili
- lada itam 
- lada putih 
- peria
- produk susu
- gandum
- oats 
- telur ayam 
- ibu roti 
- daging 
- ayam 
- makanan berdaging 
- sardin 
- hati 
- roti manis 
- kacang 
- rusa 
- bayam 
- siput 
- kerang 
- kepah 
- strawberi 
- telur ikan 
- hati & pedal ayam
- perut lembu

Friday, March 19, 2010

Penyakit & Rawatannya : Keputihan

KEPUTIHAN

Ia merupakan keluaran cecair dari tempat sulit (faraj) cecair yang berlebihan. Jika di biarkan boleh mengakibatkan berbau busuk,gatal-gatal & bisa. Keadaan keputihan yang serius boleh mengakibatkan penyakit puan yang lain seperti hakisan saluran & mulut rahim serta ketumbuhan ynag pelbagai jenis seperti fibroids, cycst, polyps & kanser rahim.

Keluaran cecair keputihan boleh bertukar warna dan ciri-ciri seperti:-

1. Cecair tipis (witish thin discharge) – keluar cecair yang boleh mengakibatkan kegatalan yang serius di tempat sulit. Pesakit akan berasa bisa-bisa apabila membuang air. Pesakit juga boleh terasa seperti ada sesuatu berkeliaran di tempat sulit.

2. Cecair yang berbuih seperti susu (foamy and milky discharge) – sering terjadi kepada ibu-ibu hamil. Kegatalan yang keterlaluan yang boleh menyebabkan luka-luka, kemerahan & bengkak di sekeliling tempat sulit jika sering menggaru. Cecair ini boleh menjadi pekat berbuih seperti ragi roti. Boleh bertukar warna dan berbau busuk.

3. Cecair berwarna kekuningan and kehijauan (berbau busuk) – jangkitan ini mengeluarkan nanah yang kelihatan seperti cecair berwarna kuning sehingga jika di peringkat yang serius akan bertukar menjadi hijau. Cecair ini berbau busuk dan boleh mengakibatkan pesakit akan berbau seluruh badan terutama sekali bahagian mulut, ketiak, tempat sulit & apabila berpeluh, ia akan menyebabkan gatal-gatal di bahagian sulit hingga menyebabkan bisa-bisa, bengkak & berdarah akibat kerap menggaru.


Rawatan :-

Hari pertama
Pagi : (sebelum sarapan pagi)
1 @ ½ sudu teh madu tenaga
Malam : Pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)
1. Lawas kencang, angin dan segar
2. Phytocleanse @ phytocleanse plus


Hari kedua
Pagi : 1 @ ½ sudu teh madu nona harmonis
Malam : pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)


Hari ketiga
Pagi : 1 @ ½ sudu teh madu mawar segar (khas untuk sakit puan)
Malam : pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)


Hari keempat
Pagi : 2 biji phytox + pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)

Hari kelima
P/s : berehat tanpa herba


Hari keenam
1. Ulangi semula dari hari pertama sehingga hari keempat sehingga sembuh

2. Pemakan herba di bawah perlu berhenti semasa haid :
-phytox
-madu nona harmonis
-madu mawar segar


3. Buat rawatan bertangas dan lain-lain (sila rujuk konsultan)

Thursday, March 18, 2010

Soalan Lazim Mengenai Produk NR

1. Dari manakah keluaran produk NR?
Produk NR adalah keluaran tempatan, Malaysia
Ia di proses di tiga kilang di Alor Setar, Kedah yang bertaraf antarabangsa.


2. Apakah fungsi herba NR?
Fungsi utama produk NR adalah sebagai pemakanan kesihatan yang bertindak mujarab sebagai :

(i) Pembersih sistem dalaman yang diadunkan khusus untuk pengamalan yang sihat sebagai antidot atau penawar pencemaran alam yang menjadi punca penyebab keracunan darah dan kuman dalam darah.

(ii) Perubatan bagi yang berpenyakit atau yang sedang mengalami penyakit.

3. Apakah itu pembersih dalaman NR dan fungsi utamanya?
Pembersih dalaman utama NR ialah :

- Mustajab Lawas Kencang
- Mustajab Lawas Angin
- Mustajab Lawas Segar

Fungsi utamanya ialah:-


(i) Mustajab Lawas Kencang - Mengorek, mengeluarkan timbunan sisa kekotoran bertoksik serta lemak lendir berlebihan dalam badan.


(ii) Mustajab Lawas Angin – mengesan, membongkar penyakit yang sedia ada di dalam badan. Bertindak sebagai penawar angin bertoksid.


(iii) Mustajab Lawas Segar – penyegar, memperbaiki otot sendi, sel-sel tisu luaran dan dalaman. Terkenal sebagai herba awet muda.


4. Bolehkah herba NR diamalkan bersama perubatan moden lain?
Boleh.
Ini kerana kandungannya mengandungi rempah ratus & ulam-ulaman berkhasiat perubatan. Ia selamat dan boleh diamalkan bersama perubatan moden seperti perubatan hospital, vitamin-vitamin, royal jelly & madu lebah.


5. Pada usia berapakah herba NR boleh diamalkan?
Herba NR boleh diamalkan oleh semua peringkat umur iaitu daripada kanak-kanak berusia 1 tahun sehingga dewasa dan orang tua mengikut sukatan & panduan yang diberikan.

6. Apakah perbezaan di antara herba bentuk serbuk & kapsul?
Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat bertindak.


7. Bolehkah saya makan vitamin semasa saya mengamalkan herba NR sedangkan herba NR mengandungi vitamin?
Anda tidak perlu ambil vitamin semasa mengamalkan produk nr jika anda dalam keadaan sihat kerana herba NR adalah makanan kesihatan yang cukup dengan vitamin yang diperlukan.

8. Adakah pengambilan herba NR dalam jangka masa yang panjang boleh menipiskan perut & usus?
Tidak benar.
Formula produk NR tidak mengandungi sebarang ramuan yang mempunyai ciri-ciri bahan asid atau bahan lain yang boleh mengakibatkan penghakisan dalam sistem badan.


9. Bolehkah akar herbanika diamalkan oleh kaum lelaki & kanak-kanak dan apakah kesannya?
Boleh & sangat disyorkan.
Ia merupakan minuman berkhasiat antioksidan yang telah terbukti keberkesanannya sebagai penawar keracunan dalam darah & penghapusan kuman dalam darah. Ia juga membantu menambah kekuatan fizikal & daya ketahanan badan untuk melawan penyakit akibat pencemaran alam yang semakin serius.


10. Apakah perbezaan diantara minyak berubat herba & minyak herbanika?
Minyak berubat herba adalah minyak sebaguna:
- ia sangat mujarab sebagai kegunaan kesihatan sehariandiseluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
- ia sesuai digunakan untuk sekeluarga daripada bayi sehingga orang dewasa
- ia boleh di gunakan secara luaran bagi yang sihat ataupun yang berpenyakit


Minyak herbanika adalah minyak perubatan:
- ia sangat mujarab bagi pesakit dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, untuk kanak-kanak, dewasa & ibu bersalin


11. Bolehkah ibu hamil mengamalkan herba NR?
Boleh.
Herba yang di syorkan bagi ibu hamil ialah pembersih dalaman NR iaitu mustajab lawas segar & mustajab lawas angin. Dinasihatkan pengambilannya 3 kali seminggu.
Amalkan akar herbanika sebagai minuman kesihatan antioksidan 3 kali sehari untuk kebersihan & kekuatan darah, hati, buah pinggang & pundi kencing.
Ia juga dapat membantu memelihara kesihatan bayi dalam kandungan serta kecergasan bayi selepas di lahirkan.


12. Bolehkah herbanika bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?
Boleh.
Herbanika bersalin ialah pembersih dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki & perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus. Ia juga membantu mengeluarkan angin,air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.
Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.


13. Bolehkah herbanika bersalin NR membantu menguruskan badan walaupun pengambilannya tidak dalam pantang bersalin?
Boleh.
Ia perlu digabungkan dengan herba mustajab lawas NR & phytox serta akar herbanika. Jikalau mengamalkan herbanika bersalin tanpa bantuan herba-herba tersebut,ia akan mengambil masa yang agak lama untuk melangsingkan badan kerana ia adalah sebagai pembersih dalaman ringan.

14. Kenapakah produk herba NR lebih mahal berbanding dengan produk herba tempatan atau dari negara jiran yang lain?
Produk NR banyak menggunakan kombinasi dalam produk herbanya sehingga 35-40 jenis herba dalam satu formulanya. Kadangkala 1 paket produk NR lebih kuat/ mujarab 3-4 kali ganda dari paket produk yang lain.

Monday, February 22, 2010

Rangkaian Set Bersalin NR

Minyak Herbanika


Khasiat Minyak Herbanika:

  • mengencangkan otot
  • melegakan sendi
  • melancarkan peredaran darah
Akar Herbanika
Khasiat Akar Herbanika:
  • minuman antioksida dan memberi kesegaran tubuh badan
  • mengurangkan keletihan dan sakit sendi-sendi otot
  • melawaskan pembuangan air kecil
  • membantu memperbanyakkan khasiat susu ibu

Uncang Cuci

Khasiat Uncang Cuci:

  • melegakan gatal-gatal dan keputihan ringan di bahagian sulit
  • digunakan sebagai mandian semasa berpantang

Krim Barut

Khasiat Krim Barut:

  • mengencangkan otot-otot perut selepas bersalin
  • mengempiskan perut
  • mengurangkan garis-garis halus dan rekahan pada kulit semasa berpantang

Lulur

Khasiat Lulur:

  • sebagai penyental atau 'scrub'
  • menghaluskan dan mencerahkan kulit
  • mengurangkan bintik-bintik hitam
  • melancarkan peredaran darah

Friday, February 19, 2010

Bye-bye Sembelit Semasa Berpantang!


Set bersalin NR adalah produk yang terlaris dipasaran masa kini. Produk yang terjamin kualitinya dan terbukti keberkesanannya.


PHYTONATAL dan Khasiatnya

  • Ia merupakan produk utama dalam rangakai Set Bersalin NR bagi mengatasi masalah sembelit.
  • Tidak perlu meneran dan yang paling penting ia membantu melawaskan sistem lawas air besar dan kecil bagi ibu-ibu semasa berpantang.

Khasiat :

  • membantu menurunkan berat badan dan melangsingkan badan
  • membantu memperbanyakkan susu ibu
  • memberi tenaga dan awet muda
  • membuang angin kotor
  • mengimbangi hormon

Disamping itu, rangkaian Set Bersalin NR ini disertakan bersama-sama dengan 5 lagi produk bagi melengkapkan lagi hari-hari ibu semasa berpantang. Antaranya ialah :

  • Minyak Herbanika
  • Akar Herbanika
  • Uncang Cuci
  • Krim Barut
  • Lulur

Friday, February 12, 2010

Rangkaian Penjagaan Luaran NR

Minyak Berubat Herba


Khasiat :

  • melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi
  • menyembuhkan luka
  • mengatasi gatal-gatal kulit
  • melancarkan pengeluaran darah haid (titiskan di atas pad)
  • sesuai untuk semua gelongan usia

Herbal Balm


Khasiat :

  • melegakan hidung tersumbat
  • melegakan gatal-gatal ringan pada kulit
  • mengubati bengkak ringan
  • mengurangkan sakit otot dan sendi

Barragel



Khasiat :

  • menyegarkan bahagian sulit
  • menghilangkan kelemumur
  • mengurangkan kegatalan kulit




Sabun Dhia

Khasiat :

  • membuang sel kulit mati
  • mencerahkan kulit
  • memberikan aroma pada badan selepas dipakai
  • dijadikan sebagai penyental (scrub) kulit badan
Phytovagin


Khasiat :

  • merapatkan bahagian sulit wanita
  • menambahkan perapian dan kesegaran bahagian sulit wanita

Krim Herbanika




Khasiat :

  • sebagai pelembab bahagian sulit wanita
  • sebagai emolie dan astrigen

Thursday, February 11, 2010

Rangkaian Pelembab & Penyegar Dalaman NR

Madu Nona Harmonis

Khasiat :
  • amat sesuai untuk wanita yang berumur 35 tahun ke atas
  • menambahkan tenaga
  • menguatkan otot badan
  • melancarkan peredaran darah
  • memelihara kulit muka dan badan
  • melegakan keputihan


Madu Tenaga Segar


Khasiat :
  • sesuai untuk lelaki dan wanita
  • melegakan keletihan badan
  • melancarkan pengeluaran haid bagi wanita
  • melawaskan air kencing dan pengeluaran peluh
  • melegakan tanda-tanda batuk dan selsema



Nu3Med

Khasiat :

  • membantu meningkatkan kesihatan badan dan sistem ketahanan badan
  • sesuai untuk semua peringkat umur

Wednesday, February 10, 2010

Rangkaian Pembersih Dalaman NR

Mustajab Lawas Kencang (Serbuk) 105g

Khasiat :

  • mengurangkan berat badan
  • melancarkan perjalanan darah
  • melawaskan pembuangan air besar & kecil
  • menyegarkan badan
  • melegakan sakit kepala


Mustajab Lawas Angin (Serbuk) 105g


Khasiat :

  • membuang angin dalam badan
  • melancarkan perjalanan darah
  • membantu penghadaman




Mustajab Lawas Segar (Serbuk) 105g


Khasiat :

  • menyegarkan kulit
  • membantu pencernaan
  • melancarkan peredaran darah



Phytocleanse (tablet)


Khasiat :

  • digunakan secara tradisional untuk membantu pencernaan
  • melancarkan perjalanan darah
  • membantu sistem perkumbuhan

Phytocleanse Plus (tablet)

Khasiat :

  • digunakan secara tradisional untuk melawaskan pembuangan air besar dan melegakan sembelit
  • melegakan kembung perut
  • untuk menguruskan badan


Phytox (tablet)
Khasiat :

  • mengatasi keputihan berair dan longgar tempat sulit
  • sesuai bagi susah untuk mendapat zuriat
  • mengubati ketumbuhan, bengkak rahim, cysts, buasir


Phytoroots (Uncang)

Khasiat :

  • Sebagai minuman anti-oksidan
  • menyegarkan badan
  • melawaskan pembuangan air kecil

Wednesday, January 13, 2010

Senarai Harga Produk NR

Berikut adalah senarai harga bagi produk-produk NR :


<
Rangkaian Produk NRHarga (RM)
Pelembab dan Penyegar Dalaman
Madu Tenaga Segar (90g)W/M : 65.00;

E/M : 68.00

Madu Nona Harmonis (90g)W/M : 65.00;

E/M : 68.00

Nu3MedW/M : 26.00;

E/M : 30.00

Pembersih Dalaman
PhytoCleanse (30 Tablet)W/M : 75.00;

E/M : 78.00

PhytoCleanse Plus (30 Tablet)W/M : 88.00;

E/M : 91.00

Phytox (30 Tablet)W/M : 88.00;

E/M : 91.00

Lawas Kencang - Serbuk (105g)W/M : 58.00;

E/M : 61.00

Lawas Angin - Serbuk (105g)W/M : 58.00;

E/M : 61.00

Lawas Segar - Serbuk (105g)W/M : 58.00;

E/M : 61.00

Rangkaian Herbanika Bersalin
Minyak Herbanika (260ml)W/M : 105.00;

E/M : 108.00

Akar Herbanika (30 t-bags)W/M : 100.00;

E/M : 103.00

Herbanika Barut (150g)W/M : 60.00;

E/M : 63.00>

Herbanika Lulur (150g)W/M : 68.00;

E/M : 71.00

Minyak Herbanika (130ml)W/M : 58.00;

E/M : 61.00

Uncang Cuci Herbanika (15 t-bags)W/M : 100.00;

E/M : 103.00

Akar Herbanika (15 t-bags)W/M : 70.00;

E/M : 73.00

Rangakaian Herbanika Bersalin (1 set)W/M : 365.00;

E/M : 370.00

Phytonatal (180 tablet)W/M : 205.00;

E/M : 208.00

Phytonatal (90
tablet)
W/M : 140.00;

E/M : 143.00

Krim Herbanika Barut (60g)W/M : 55.00;

E/M : 58.00

Rangkaian Penjagaan Luaran
Minyak Berubat Herba (130ml)W/M : 33.00;

E/M : 36.00

Herbal Balm (7g)W/M : 15.00;

E/M : 18.00

Sabun Dhia (80g)W/M : 12.00;

E/M : 12.50

Barra Gel (200ml)W/M : 30.00;

E/M : 32.50

Phyto Vagin (30g)W/M : 60.00;

E/M : 61.00

Krim Herbanika (30g)W/M : 60.00;

E/M : 61.00


Legend : W/M : West Malaysia ; E/M : East Malaysia

Pengenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami merupakan pusat perniagaan NR (NR Business Centre) bagi Negeri Sembilan yang terletak di Port Dickson. Semua produk yang berkaitan dengan NR ada dijual di sini. Kami juga mempunyai kedai yang terletak di Jalan Seremban, Port Dickson yang dilengkapi dengan kemudahan spa Melayu (Malay Spa) yang merangkumi urutan, lulur, sauna, mandian susu, dan sebagainya serta kemudahan khidmat kaunseling yang berkaitan dengan penggunaan produk-produk NR.

Laman ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna NR (yang baru atau yang sedia ada) untuk mendapatkan maklumat serta membuat pembelian produk-produk NR secara on-line.