Tuesday, April 6, 2010

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara




Amalan seminggu sekali atau mengikut keperluan:

  • Gabungkan sedikit Minyak Berubat Herba dan Minyak Herbanika. Lakukan sapuan dan urutan secara putaran sehingga meresapi liang-liang kulit anda.

  • Gaulkan Barra Gel (anggaran 1 sudu besar penuh) dan 1 sudu besar paras Herbanika Lulur. Sapu rata ke bahagian payudara dan biarkan ia mengering seperti masker selama 20 minit. Kemudian cuci bersih dengan tuala /span lembut yang direndam dengan air panas suam dan kesat kering.

  • Untuk memejalkan dan memontokkan payudara,gunakan sapuan Herbanika Krim sehingga meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 2 kali.

  • Untuk mengembalikan bentuk montok payudara yang lembik dan kendur,gunakan sapuan Minyak Herbanika sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 1-2 kali.

  • Untuk merapikan bentuk payudara yang terlalu besar atau menggeleber,gunakan gabungan sapuan sedikit Minyak Herbanika dan Krim Syiffa sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Sapuan dan urutan dilakukan di bahagian sekitar ketiak, belakang serta tepi kiri dan kanan payudara. Ini akan membantu memberikan bentuk yang lebih rapi dan cantik tanpa mengembang.


NOTA:
Barra Gel dan Herbanika Lulur juga boleh digunakan sebagai ‘scrub’ kulit badan untuk membantu mengatasi pigmentasi dan membantu melancarkan peraliran darah anda.Seminggu sekali disyorkan berlulur.

Monday, April 5, 2010

Panduan Amalan Herba NR Untuk Awet Muda Khusus Untuk Wanita

PANDUAN AMALAN HERBA NR UNTUK AWET MUDA KHUSUS UNTUK WANITA


Setiap Waktu Pagi

Amal ½-1 sudu teh paras Madu Nona Harmonis digentelkan atau digaulkan dengan Madu Lebah Asli/Madu Yemen dan diambil bersama dengan Minuman Akar Herbanika.

Cara pengambilan Akar Herbanika :
  • 1 gelas/mug air panas
  • 1 paket Akar Herbanika
  • 1-2 sudu the Madu Lebah Asli/Madu Yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dlm 1 gelas/mug air panas. Biarkan ia terseduh buat seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu Yemen sebagai pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum semasa suam-suam kuku.

NOTA :

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu.
2.Bagi pesakit Hypertensi disyorkan minum akar suam sejuk (kadar suhu bilik). Hanya amalkan pengambilan madu nona harmonis seminggu 2 kali mengikut dosej sama seperti di atas.


Tengahari, Petang & Malam (sebelum tidur)

Minum 1 gelas/mug air akar herbanika.


Petang atau Malam

Buat pilihan dosej Pembersih Dalaman samada dalam bentuk serbuk atau tablet yang bersesuaian dengan sistem pembuangan air besar anda sebagai amalan harian atau seminggu 3 kali.

Friday, April 2, 2010

Panduan Amalan Pemakanan Kesihatan Herba NR untuk Lelaki dan Wanita

PANDUAN PENGAMALAN PEMAKANAN KESIHATAN HERBA NR UNTUK LELAKI DAN WANITA


Minum 1 gelas/mug akar herbanika + 1 sudu teh nu3med

Cara Pengambilan Akar Herbanika.
  • 1 gelas / mug air panas
  • 1 paket akar herbanika
  • 1-2 sudu teh madu lebah asli/yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dalam 1 gelas/mug air panas. Biarkan seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu yemen sbg pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum samasa suam-suam kuku.


Nota:

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu dan tdk perlu makan nu3med.
2.Bagi pesakit hypertensi disyorkan minum akar herb suam sejuk(kadar suhu bilik)