Thursday, March 18, 2010

Soalan Lazim Mengenai Produk NR

1. Dari manakah keluaran produk NR?
Produk NR adalah keluaran tempatan, Malaysia
Ia di proses di tiga kilang di Alor Setar, Kedah yang bertaraf antarabangsa.


2. Apakah fungsi herba NR?
Fungsi utama produk NR adalah sebagai pemakanan kesihatan yang bertindak mujarab sebagai :

(i) Pembersih sistem dalaman yang diadunkan khusus untuk pengamalan yang sihat sebagai antidot atau penawar pencemaran alam yang menjadi punca penyebab keracunan darah dan kuman dalam darah.

(ii) Perubatan bagi yang berpenyakit atau yang sedang mengalami penyakit.

3. Apakah itu pembersih dalaman NR dan fungsi utamanya?
Pembersih dalaman utama NR ialah :

- Mustajab Lawas Kencang
- Mustajab Lawas Angin
- Mustajab Lawas Segar

Fungsi utamanya ialah:-


(i) Mustajab Lawas Kencang - Mengorek, mengeluarkan timbunan sisa kekotoran bertoksik serta lemak lendir berlebihan dalam badan.


(ii) Mustajab Lawas Angin – mengesan, membongkar penyakit yang sedia ada di dalam badan. Bertindak sebagai penawar angin bertoksid.


(iii) Mustajab Lawas Segar – penyegar, memperbaiki otot sendi, sel-sel tisu luaran dan dalaman. Terkenal sebagai herba awet muda.


4. Bolehkah herba NR diamalkan bersama perubatan moden lain?
Boleh.
Ini kerana kandungannya mengandungi rempah ratus & ulam-ulaman berkhasiat perubatan. Ia selamat dan boleh diamalkan bersama perubatan moden seperti perubatan hospital, vitamin-vitamin, royal jelly & madu lebah.


5. Pada usia berapakah herba NR boleh diamalkan?
Herba NR boleh diamalkan oleh semua peringkat umur iaitu daripada kanak-kanak berusia 1 tahun sehingga dewasa dan orang tua mengikut sukatan & panduan yang diberikan.

6. Apakah perbezaan di antara herba bentuk serbuk & kapsul?
Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat bertindak.


7. Bolehkah saya makan vitamin semasa saya mengamalkan herba NR sedangkan herba NR mengandungi vitamin?
Anda tidak perlu ambil vitamin semasa mengamalkan produk nr jika anda dalam keadaan sihat kerana herba NR adalah makanan kesihatan yang cukup dengan vitamin yang diperlukan.

8. Adakah pengambilan herba NR dalam jangka masa yang panjang boleh menipiskan perut & usus?
Tidak benar.
Formula produk NR tidak mengandungi sebarang ramuan yang mempunyai ciri-ciri bahan asid atau bahan lain yang boleh mengakibatkan penghakisan dalam sistem badan.


9. Bolehkah akar herbanika diamalkan oleh kaum lelaki & kanak-kanak dan apakah kesannya?
Boleh & sangat disyorkan.
Ia merupakan minuman berkhasiat antioksidan yang telah terbukti keberkesanannya sebagai penawar keracunan dalam darah & penghapusan kuman dalam darah. Ia juga membantu menambah kekuatan fizikal & daya ketahanan badan untuk melawan penyakit akibat pencemaran alam yang semakin serius.


10. Apakah perbezaan diantara minyak berubat herba & minyak herbanika?
Minyak berubat herba adalah minyak sebaguna:
- ia sangat mujarab sebagai kegunaan kesihatan sehariandiseluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
- ia sesuai digunakan untuk sekeluarga daripada bayi sehingga orang dewasa
- ia boleh di gunakan secara luaran bagi yang sihat ataupun yang berpenyakit


Minyak herbanika adalah minyak perubatan:
- ia sangat mujarab bagi pesakit dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, untuk kanak-kanak, dewasa & ibu bersalin


11. Bolehkah ibu hamil mengamalkan herba NR?
Boleh.
Herba yang di syorkan bagi ibu hamil ialah pembersih dalaman NR iaitu mustajab lawas segar & mustajab lawas angin. Dinasihatkan pengambilannya 3 kali seminggu.
Amalkan akar herbanika sebagai minuman kesihatan antioksidan 3 kali sehari untuk kebersihan & kekuatan darah, hati, buah pinggang & pundi kencing.
Ia juga dapat membantu memelihara kesihatan bayi dalam kandungan serta kecergasan bayi selepas di lahirkan.


12. Bolehkah herbanika bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?
Boleh.
Herbanika bersalin ialah pembersih dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki & perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus. Ia juga membantu mengeluarkan angin,air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.
Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.


13. Bolehkah herbanika bersalin NR membantu menguruskan badan walaupun pengambilannya tidak dalam pantang bersalin?
Boleh.
Ia perlu digabungkan dengan herba mustajab lawas NR & phytox serta akar herbanika. Jikalau mengamalkan herbanika bersalin tanpa bantuan herba-herba tersebut,ia akan mengambil masa yang agak lama untuk melangsingkan badan kerana ia adalah sebagai pembersih dalaman ringan.

14. Kenapakah produk herba NR lebih mahal berbanding dengan produk herba tempatan atau dari negara jiran yang lain?
Produk NR banyak menggunakan kombinasi dalam produk herbanya sehingga 35-40 jenis herba dalam satu formulanya. Kadangkala 1 paket produk NR lebih kuat/ mujarab 3-4 kali ganda dari paket produk yang lain.

No comments:

Post a Comment