Tuesday, April 6, 2010

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara

Panduan Penjagaan Kesihatan, Kepejalan & Kecantikan Payudara




Amalan seminggu sekali atau mengikut keperluan:

  • Gabungkan sedikit Minyak Berubat Herba dan Minyak Herbanika. Lakukan sapuan dan urutan secara putaran sehingga meresapi liang-liang kulit anda.

  • Gaulkan Barra Gel (anggaran 1 sudu besar penuh) dan 1 sudu besar paras Herbanika Lulur. Sapu rata ke bahagian payudara dan biarkan ia mengering seperti masker selama 20 minit. Kemudian cuci bersih dengan tuala /span lembut yang direndam dengan air panas suam dan kesat kering.

  • Untuk memejalkan dan memontokkan payudara,gunakan sapuan Herbanika Krim sehingga meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 2 kali.

  • Untuk mengembalikan bentuk montok payudara yang lembik dan kendur,gunakan sapuan Minyak Herbanika sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Lakukan sehari 1-2 kali.

  • Untuk merapikan bentuk payudara yang terlalu besar atau menggeleber,gunakan gabungan sapuan sedikit Minyak Herbanika dan Krim Syiffa sehingga ia meresapi liang-liang kulit payudara. Sapuan dan urutan dilakukan di bahagian sekitar ketiak, belakang serta tepi kiri dan kanan payudara. Ini akan membantu memberikan bentuk yang lebih rapi dan cantik tanpa mengembang.


NOTA:
Barra Gel dan Herbanika Lulur juga boleh digunakan sebagai ‘scrub’ kulit badan untuk membantu mengatasi pigmentasi dan membantu melancarkan peraliran darah anda.Seminggu sekali disyorkan berlulur.

Monday, April 5, 2010

Panduan Amalan Herba NR Untuk Awet Muda Khusus Untuk Wanita

PANDUAN AMALAN HERBA NR UNTUK AWET MUDA KHUSUS UNTUK WANITA


Setiap Waktu Pagi

Amal ½-1 sudu teh paras Madu Nona Harmonis digentelkan atau digaulkan dengan Madu Lebah Asli/Madu Yemen dan diambil bersama dengan Minuman Akar Herbanika.

Cara pengambilan Akar Herbanika :
  • 1 gelas/mug air panas
  • 1 paket Akar Herbanika
  • 1-2 sudu the Madu Lebah Asli/Madu Yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dlm 1 gelas/mug air panas. Biarkan ia terseduh buat seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu Yemen sebagai pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum semasa suam-suam kuku.

NOTA :

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu.
2.Bagi pesakit Hypertensi disyorkan minum akar suam sejuk (kadar suhu bilik). Hanya amalkan pengambilan madu nona harmonis seminggu 2 kali mengikut dosej sama seperti di atas.


Tengahari, Petang & Malam (sebelum tidur)

Minum 1 gelas/mug air akar herbanika.


Petang atau Malam

Buat pilihan dosej Pembersih Dalaman samada dalam bentuk serbuk atau tablet yang bersesuaian dengan sistem pembuangan air besar anda sebagai amalan harian atau seminggu 3 kali.

Friday, April 2, 2010

Panduan Amalan Pemakanan Kesihatan Herba NR untuk Lelaki dan Wanita

PANDUAN PENGAMALAN PEMAKANAN KESIHATAN HERBA NR UNTUK LELAKI DAN WANITA


Minum 1 gelas/mug akar herbanika + 1 sudu teh nu3med

Cara Pengambilan Akar Herbanika.
  • 1 gelas / mug air panas
  • 1 paket akar herbanika
  • 1-2 sudu teh madu lebah asli/yemen
Rendam 1 paket akar herbanika dalam 1 gelas/mug air panas. Biarkan seketika sehingga keluar pati herba berwarna perang kekuningan. Kemudian campurkan madu lebah asli atau madu yemen sbg pemanis dan juga sebagai penawar dan sumber tenaga. Minuman ini disyorkan diminum samasa suam-suam kuku.


Nota:

1.Bagi pesakit kencing manis,minum tanpa madu dan tdk perlu makan nu3med.
2.Bagi pesakit hypertensi disyorkan minum akar herb suam sejuk(kadar suhu bilik)

Wednesday, March 24, 2010

Minyak Berubat Herba NR

MINYAK BERUBAT HERBA NR
Minyak serbaguna ini sangat berkhasiat dan telah terbukti keberkesananya. Ia berfungsi sebagai antiseptic, astringent dan penyegar kulit dan pelembab. Minyak ini ditanggung bersih dan tidak beracun. Boleh dibawa sembahyang.

Antara khasiatnya :-


- melegakan ketegangan urat saraf, otot-otot sendi dan tulang
- untuk sakit kulit,alahan,panau dan alergi
- selsema ,lelah,batuk-batuk, paru-paru kembang dan basah.
- Resdung (sinus), sakit gusi dan gigi
- Sakit telinga, luka-luka parah, bengkak-bengkak akibat gigitan serangga
- Benjolan atau lebam dan sakit mata.
- Sebagai penyegar dan pelembab di tempat bahagian sulit.
- Sakit senggugut,dan urutan selepas bersalin.


(a) kembalikan kesegaran tempat sulit
- kegunaan di tempat sulit untuk mengeluarkan angin-angin darah, lendir yang kotor yang berbau semasa haid. Kesannya membolehkan anda terasa segar, bersih di tempat sulit.

(b) kembali kekuatan tenaga kelakian
- urut perlahan-lahan dgn minyak mustajab bermula dari arah bawah buah zakar dan kelakiannya melalui ari-ari sehingga ke atas seluruh perut.
- ini adalah untuk mengembalikan kekuatan tenaga batin. Amalkan tiap-tiap hari, insya Allah dlm satu minggu terbuktilah keberkesannya.
- amal rawatan ini 2 atau 3 jam sebelum tidur.

(c) kembali rapat dan rapi saluran faraj
- selepas bersatu dgn suami, cuci tempat sulit dengan uncang cuci/bara gel yang dicampurkan dengan air suam panas sehingga bersih.
- kesat kering dan sapu minyak mustajab keseluruh ruang faraj hingga ke ruangan salurannya. Dinasihatkan mengamalkan ini untuk mengembalikan kesegaran yang rapat lagi kejab.
- ia juga dapat mengubati luka-luka dan bengkak-bengkak tisu yang berlaku semasa bersatu.

Tuesday, March 23, 2010

Penyakit & Rawatannya : Kulit

PENYAKIT KULIT

Antara sebab penyakit kulit adalah :-

- pemakanan yang kurang berkhasiat
- makanan segera
- makanan ringan (junk food) – popcorn, keropok, dan lain-lain
- daging proses seperti burger, sosej, pie, pastry, ayam hormon dan lain-lain

2. Mereka yang kurang membuang kotoran dalaman seperti susah berpeluh, sembelit & susah buang air kecil

3. antara makanan yang dilarang sehingga sembuh adalah:-

- makanan laut seperti siput, kerang, ketam, udang & ikan-ikan bisa
- daging yang diproses seperti burger, sosej, daging, ayam yang dihormonkan, kambing kampung
- buah-buahan seperti limau-limau masam, jagung, buah sawa @ ciku, langsat, macang, kuinin, peria
- kopi, susu, krim susu, keju, telur, kacang berlemak, pulut, gula putih, kuih-kuih manis seperti gula-gula, kek & buah-buahan kering, tepung kacang


4. makanan yang disyorkan adalah :-
- yogurt, susu kambing
- carrot, avocado, tembikai susu, tembikai biasa, betik, anggur, buah kiwi, buah peach, aprikot, epal, jambu, sayur kobis, bayam, broccoli, kailan & sawi
-tepung gandum & tepung beras


Rawatan dengan produk NR seperti:-
Pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)
- lawas kencang, angin & segar
- phytocleanse plus @ phytocleanse
- air akar herbanika

Saturday, March 20, 2010

Penyakit & Rawatannya : Gout

PENYAKIT GOUT

1. Ciri-ciri pengidap penyakit gout :-
- orang yang bertubuh gemuk
- timbangan badan yang terlalu berat

2. Ciri-ciri di atas menyebabkan kegeselan sendi-sendi & otot yang mengakibatkan kesakitan dan bisa yang teramat sangat.

3. Sebab utama gout sukar dikesan oleh pakar perubatan moden namun masih di anggap sebagai penyakit keturunan serta sering menyerang orang yang setengah umur serta yang suka makan makanan lumayan & beralkohol

4. Kesannya, sendi menjadi merah, bengkak & lembut serta sakit seperti di bakar api dan boleh mengakibatkan demam panas.


5. Secara tradisional, gout berpunca dari sistem penghadaman yang kurang baik & susah membuang air besar (sembelit)

6. Produk NR membantu pesakit dengan pembersih dalaman :-
- melawaskan buang air besar
- mengeluarkan keracunan asid urik & kekotoran dalaman


7. Sesetengah pesakit akan melalui krisis pemulihan semasa menjalankan rawatan NR kerana pembersih dalaman akan mengorek keluar asid urik yang terkumpul dalam darah pesakit seperti:-
- pening atau sakit kepala
- lidah tersa tebal & berbulu
- mulut berbau busuk
- kencing berbau busuk
- sakit pinggang kerana aktiviti ginjal (buah pinggang) yang berlebihan
- sakit & sengal-sengal sendi serta bisa-bisa otot


!! Hendaklah bersabar semasa melalui krisis pemulihan ini kerana penyembuhan adalah satu pengalaman yang sungguh berfaedah


Rawatan

1. Dinasihatkan untuk mengamal pembersih dalaman NR selama 6 bulan (jika tidak berhasil dalam 3 minggu jangan berhenti mengamalkan)

2. Patuhi pantang larang & makanan yang di nasihatkan


3. Pantang larang makanan:-
Makanan yang merbahaya
- ubi kentang
- cili
- lada itam 
- lada putih 
- peria
- produk susu
- gandum
- oats 
- telur ayam 
- ibu roti 
- daging 
- ayam 
- makanan berdaging 
- sardin 
- hati 
- roti manis 
- kacang 
- rusa 
- bayam 
- siput 
- kerang 
- kepah 
- strawberi 
- telur ikan 
- hati & pedal ayam
- perut lembu

Friday, March 19, 2010

Penyakit & Rawatannya : Keputihan

KEPUTIHAN

Ia merupakan keluaran cecair dari tempat sulit (faraj) cecair yang berlebihan. Jika di biarkan boleh mengakibatkan berbau busuk,gatal-gatal & bisa. Keadaan keputihan yang serius boleh mengakibatkan penyakit puan yang lain seperti hakisan saluran & mulut rahim serta ketumbuhan ynag pelbagai jenis seperti fibroids, cycst, polyps & kanser rahim.

Keluaran cecair keputihan boleh bertukar warna dan ciri-ciri seperti:-

1. Cecair tipis (witish thin discharge) – keluar cecair yang boleh mengakibatkan kegatalan yang serius di tempat sulit. Pesakit akan berasa bisa-bisa apabila membuang air. Pesakit juga boleh terasa seperti ada sesuatu berkeliaran di tempat sulit.

2. Cecair yang berbuih seperti susu (foamy and milky discharge) – sering terjadi kepada ibu-ibu hamil. Kegatalan yang keterlaluan yang boleh menyebabkan luka-luka, kemerahan & bengkak di sekeliling tempat sulit jika sering menggaru. Cecair ini boleh menjadi pekat berbuih seperti ragi roti. Boleh bertukar warna dan berbau busuk.

3. Cecair berwarna kekuningan and kehijauan (berbau busuk) – jangkitan ini mengeluarkan nanah yang kelihatan seperti cecair berwarna kuning sehingga jika di peringkat yang serius akan bertukar menjadi hijau. Cecair ini berbau busuk dan boleh mengakibatkan pesakit akan berbau seluruh badan terutama sekali bahagian mulut, ketiak, tempat sulit & apabila berpeluh, ia akan menyebabkan gatal-gatal di bahagian sulit hingga menyebabkan bisa-bisa, bengkak & berdarah akibat kerap menggaru.


Rawatan :-

Hari pertama
Pagi : (sebelum sarapan pagi)
1 @ ½ sudu teh madu tenaga
Malam : Pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)
1. Lawas kencang, angin dan segar
2. Phytocleanse @ phytocleanse plus


Hari kedua
Pagi : 1 @ ½ sudu teh madu nona harmonis
Malam : pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)


Hari ketiga
Pagi : 1 @ ½ sudu teh madu mawar segar (khas untuk sakit puan)
Malam : pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)


Hari keempat
Pagi : 2 biji phytox + pembersih dalaman (mengikut kelawasan masing2)

Hari kelima
P/s : berehat tanpa herba


Hari keenam
1. Ulangi semula dari hari pertama sehingga hari keempat sehingga sembuh

2. Pemakan herba di bawah perlu berhenti semasa haid :
-phytox
-madu nona harmonis
-madu mawar segar


3. Buat rawatan bertangas dan lain-lain (sila rujuk konsultan)